Tip Memilih Warna Bedak



Jikalau biasa bersolek, tidak salah jikalau kita menggabungkan dua rona bedak asas yang berbeza untuk sapuan di wajah. Ada ketikanya adunan dua rona warna mampu memberi hasil yang terbaik untuk memastikan pilihan warna bedak asas tidak tersasar.



KUNING PUCAT

  • Warna Ivory mampu mengembalikan seri wajah dan memberi kesan semula jadi pada sapuan.

KUNING LANGSAT

  • Warna soft beige mampu memberi kelembutan pada keseluruhan wajah. Selain daripada warna beige, pilihan bedak yang ada serakan kuning juga sesuai.

PUTIH KUNING 

  • Warna rona semula jadi amat sesuai kerana kulit yang putih kuning mempunyai sedikit cahaya kemerah-merahan. Bedak yang berasaskan warna cerah dengan serakan merah jambu boleh dijadikan pilihan. 

PUTIH MERAH

  • Pilihan warna bedak asas yang cerah dan mempunyai rona merah jambu lembut antara yang paling sesuai. 

KEMERAH-MERAHAN

  • Bedak asas dari serakan rona beige dan gandingan merah jambu sesuai untuk mereka yang berkulit kemerah-merahan.
 
HITAM MANIS

  • Bedak asas berona coklat lembut dan mempunyai sentuhan warna tembaga antara yang amat sesuai untuk yang berkulit gelap.



SELAMAT MENCUBA =)



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © SUSY COLLECTIONS BOUTIQUE & HIJAB | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in